SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
+604 702 8600

BIASISWA KECIL SEKOLAH MENENGAH

biasiswa kecil sekolah menengah (bksm)

  • BIASISWA KECIL SEKOLAH MENENGAH ( BKSM ) MERUPAKAN BANTUAN KEWANGAN DIBERIKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SELURUH KEDAH YANG TERPILIH BAGI MERINGANKAN BEBAN KEWANGAN  SEMASA SESI PENGAJIAN SEKOLAH MENENGAH MEREKA. BANTUAN AKAN DIBERI KEPADA PELAJAR-PELAJAR MENGIKUT KADAR YANG TELAH DITETAPKAN OLEH SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH.  BERMULA TAHUN 2015 KADAR BARU BIASISWA TELAH DITETAPKAN IAITU RM 50 SEBULAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 1 – 3 MANAKALA RM 65 SEBULAN KEPADA TINGKATAN 4 DAN 5. 
 
  • PENDAPATAN ISI RUMAH MAKSIMUM RM 3000.00 ATAU DAN LEBIH
  • Mendapat keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan seperti berikut:
             i) UPSR bagi pelajar Tingkatan Satu atau,
             ii) PT3 bagi pelajar Tingkatan Empat atau,
             iii) Peperiksaan Akhir Tahun yang dijalankan oleh pihak sekolah bagi Tingkatan Dua, Tiga dan Lima
  • SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN SELURUH NEGERI KEDAH ATAU SEKOLAH- SEKOLAH YANG TERPILIH.
  • Pelajar yang tiada penaja lain.
  • Bersih daripada tindakan disiplin.
  • Cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum dan sukan.
  • Melepasi saringan oleh pihak seksyen pembiayaan pendidikan negeri Kedah.
  • PARA pelajar boleh mendapatkan maklumat melalui guru biasiswa di sekolah masing-masing.
  • Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) bolehlah menghubungi pentadbiran sppnk Telefon : 04-702 7286, Email : sppnk@kedah.gov.my