SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
+604 702 8600

MAKLUMAT AM

lATAR BELAKANG SPPNK

Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) ditubuhkan berdasarkan Surat Ikatan Amanah Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah, Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 10. Pengurusan SPPNK adalah di bawah Jawatankuasa Akaun Amanah Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Fungsi utama SPPNK adalah menyalurkan sumbangan bantuan kewangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) (sumbangan “one-off”), biasiswa kepada pelajar sekolah menengah di Negeri Kedah yang berkelayakan dan menawarkan pinjaman boleh ubah kepada anak Negeri Kedah yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT dalam negara secara sepenuh masa.

DASAR KUALITI SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

SPPNK komited untuk memastikan pengurusan skim sumbangan pendidikan, skim biasiswa sekolah menengah, skim pinjaman boleh ubah dan kutipan balik pinjaman pendidikan menepati surat ikatan amanah, perjanjian pendidikan dan piagam pelanggan yang ditetapkan dan sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.

profail seksyen pembiayaan pendidikan negeri kedah