SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
+604 702 8600

GARIS PANDUAN DISKAUN 10%

GARIS PANDUAN PENTADBIRAN
PEMBERIAN DISKAUN 10% KEPADA PEMINJAM

1. Permohon dibuka bermula 1 SEPTEMBER 2020 sehingga 31 DISEMBER 2021

2. Kadar pemberian diskaun berjumlah 10% sahaja ke atas baki pinjaman keseluruhan terkini. 

3. Tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-

   a) Baki pinjaman pendidikan tidak kurang daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja).

   b) Berjaya menamatkan pengajian seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Pinjaman SPPNK dengan pinjaman penuh diterima daripada SPPNK sahaja.

   c) Pelajar yang masih belum wajib membayar ansuran bulanan pertama seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Pinjaman juga layak diberikan diskaun 10%. 

4. Permohonan diskaun boleh dimohon melalui kaedah berikut:- 

  a) Secara Bertulis Melalui Borang (sila layari portal sppnk.kedah.gov.my untuk muat turun borang);

  b) Secara e-mel ke sppnk@kedah.gov.my; atau

  c) Secara telefon kepada Unit Pengkuatkuasaan di talian 04-702 7289 / 04-702 7285.

5. Bayaran hendaklah dilaksanakan secara sekaligus (“lump-sum payment’) dalam tempoh 14 hari sahaja daripada tarikh kelulusan pentadbiran ini.

6. Kaedah bayaran balik pinjaman pendidikan SPPNK adalah seperti berikut:- 

   i) Portal ibayaq.kedah.gov.my;

   ii) Tunai di kaunter SPPNK di Wisma Darul Aman / UTC Alor Setar

  iii) Cek Juruwang (Banker’s Cheque)/ Wang Pos (Money Order)/ Kiriman Wang (Postal Order) atas nama BENDAHARI NEGERI KEDAH DARUL AMAN;

  iV) Pengeluaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Untuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja). Sila hubungi Unit Penguatkuasaan bagu penyediaan dokumen              KWSP sekiranya tuan/puan berminat.

Download Now
Muat turun borang permohonan diskaun