SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
+604 702 8600

i-BAKIPT

  • Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir atau bermastautin (menetap) di Negeri Kedah Darul Aman (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
  • Pemohon telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA secara SEPENUH MASA dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak IPT.
  • Menyambung pengajian ke peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA pada Sesi Pengajian Tahun 2021 sahaja.
  • Pelajar SEPARUH MASA, pelajar LUAR KAMPUS, pelajar di INSTITUSI PERGURUAN dan pelajar di PROGRAM LATIHAN SEPARA PERUBATAN (KOLEJ PERUBATAN / KOLEJ KEJURURAWATAN) TIDAK LAYAK untuk memohon.

  • Permohonan hendaklah dibuat bagi kemasukan KALI PERTAMA untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.

  • Pemohon hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada atau sebelum 1 DISEMBER 2021.

  • Jumlah sumbangan ialah RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

  • Dokumen sokongan yang wajib disertakan di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh PENGHULU MUKIM / PENGETUA SEKOLAH / PEGAWAI DAERAH / ADUN adalah seperti berikut:

             i) Salinan kad pengenalan permohon

             ii) salinan kad pengenalan ibu / bapa / penjaga (salah seorang sahaja)

             iii) Salinan akaun bank / penyata bank

             iv) Salinan surat tawaran kemasukan / surat pengesahan daripada institusi pengajian tinggi

  •  Permohonan yang tidak lengkap dan tidak menepati syarat di atas tidak akan dipertimbangkan.
 
  • Bayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN kepada pelajar

  • Senarai Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN >>Klik sini<<