Membantu menguruskan bantuan sumbangan one off seksyen pembiayaan pendidikan negeri kedah kepada pelajar berstatus anak kedah atau pemastautin bagi kemasukan baharu ke institut pengajian tinggi awam dan institut pengajian tinggi swasta yang membuat permohonan supaya bantuan sumbangan dapat disalurkan kepada pemohon yang berkelayakan
syarat permohonan bakipt
Pemohon atau Ibu atau Bapa LAHIR di Negeri Kedah atau
Pemohon atau Ibu atau Bapa BERMASTAUTIN di Negeri Kedah dan merupakan PENGUNDI BERDAFTAR di Negeri Kedah
Pemohon telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) dalam Negara atau Luar Negara secara SEPENUH MASA sahaja (Separuh Masa, Luar Kampus, IPG, Latihan Separa Perubatan TIDAK LAYAK)
Pemohon menyambung pengajian ke peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA sahaja.
Permohonan kali pertama dan dibuat dalam tempoh 3 BULAN DARI TARIKH PENDAFTARAN DI IPT
kaedah permohonan bakipt
Permohonan DIBUKA SEPANJANG TAHUN 2021 dan borang permohonan boleh didapati di:
laman web rasmi sppnk.kedah.gov.my
Kaunter SPPNK di Wisma Darul Aman / UTC Alor Setar
Pemohon menyambung pengajian keperingkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA sahaja.