pinjaman pelajaran pengajian tinggi
Pinjaman pelajaran Seksyen pembiayaan pendidikan Negeri Kedah merupakan satu bantuan pinjaman kewangan yang diberikan kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka diperingkat yang lebih tinggi.
Pinjaman yang diberi adalah bermula dari peringkat sijil hinggalah peringkat ijazah pertama di institusi-institusi pengajian di dalam negara yang tersenarai dalam senarai institusi yang menerima tajaan sppnk.
Kadar pinjaman yang ditetapkan adalah mengikut peringkat pengajian dan jumlah tahun pengajian pelajar tersebut.
Setiap penerima pinjaman pendidikan ppnk adalah bertanggungjawab untuk membuat pembayaran balik pinjaman pendidikan berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diterima beserta caj perkhidmatan 2% setahun atas baki keseluruhan pinjaman terkini seperti dokumen pengajian.
Bayaran balik pinjaman pendidikan ppnk akan dimulakan selepas tempoh dua belas (12) BULAN SELEPAS PELAJAR MENAMATKAN PENGAJIAN.
Calon dilahirkan di Negeri Kedah Darul Aman atau salah seorang daripada Ibu/Bapa lahir di Negeri Kedah Darul Aman
Telah mendapat tawaran belajar SECARA SEPENUH MASA.
Pusat pengajian DI DALAM NEGARA SAHAJA.
Tidak menerima Pinjaman Pelajaran/Biasiswa/Penganjur dari mana-mana badan penajaan yang lain.
SIJIL
RM2,500.00 SETAHUN
DIPLOMA
RM4000.00 SETAHUN
IJAZAH
RM6,500.00 SETAHUN
Ijazah Pertama/Diploma di Semua Universiti Awam Tempatan
Ijazah Pertama/Diploma di Institut Pengajian Tinggi seperti di bawah:- Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Asian Institute of Medicine,
Science and Technology (AIMST), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK),
TATI University College and Terengganu Advanced Technical Institute, Universiti Selangor (UNISEL) dan
Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia sahaja.Sijil/Diploma di Politeknik Seluruh Malaysia dan Kolej Komuniti Cawangan Negeri Kedah Darul Aman sahaja.
Permohonan dibuka mulai 15 Ogos sehingga 15 September setiap tahun. * Bergantung kepada perubahan semasa