SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
+604 702 8600

Garis Panduan Diskaun 10%

GARIS PANDUAN PENTADBIRAN
PEMBERIAN DISKAUN 10% KEPADA PEMINJAM

1. Permohonan dibuka bermula 1 SEPTEMBER 2020 sehingga 31 DISEMBER 2022

2. Kadar pemberian diskaun berjumlah 10% sahaja ke atas baki pinjaman keseluruhan terkini. 

3. Tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-

            a) Baki pinjaman pendidikan tidak kurang daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja).

            b) Berjaya menamatkan pengajian seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Pinjaman SPPNK dengan pinjaman penuh diterima daripada SPPNK sahaja.

             c) Pelajar yang masih belum wajib membayar ansuran bulanan pertama seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Pinjaman juga layak diberikan diskaun 10%. 

4. Permohonan diskaun 10% boleh dimohon melalui kaedah berikut:- 

             a) Secara Bertulis Melalui Borang dan e-mel ke sppnk@kedah.gov.my (sila klik pautan ini untuk muat turun borang); ATAU

            b) Secara telefon ke Unit Pengkuatkuasaan SPPNK di talian 04 702 7272/7289/7285.

5. Bayaran hendaklah dilaksanakan secara sekaligus (“lump-sum payment‘) dalam tempoh 14 hari sahaja daripada tarikh kelulusan pentadbiran ini.

6. Kaedah bayaran balik pinjaman pendidikan SPPNK adalah seperti berikut:- 

             i) Portal ibayaq.kedah.gov.my;

            ii) Tunai/Kad Kredit/Kad Debit di Kaunter SPPNK di Wisma Darul Aman / UTC Alor Setar

           iii) Cek Juruwang (Banker’s Cheque) atas nama BENDAHARI NEGERI KEDAH DARUL AMAN;

           iv) Pengeluaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Untuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja).

Sila hubungi Unit Penguatkuasaan SPPNK bagi penyediaan dokumen KWSP sekiranya tuan/puan berminat.