SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
+604 702 8600

iBAYAQ

BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN

  • Bayaran balik pinjaman pendidikan bermula DUA BELAS (12) BULAN SELEPAS PELAJAR MENAMATKAN PENGAJIAN.
  • Peminjam serta Penjamin adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diterima seperti di dalam dokumen perjanjian berserta CAJ PERKHIDMATAN 2% SETAHUN ke atas baki keseluruhan pinjaman terkini.
  • Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada peminjam yang ingkar membuat bayaran balik.

kaedah bayaran balik pinjaman

Semak baki pinjaman dan bayar melalui FPX (Online Transfer)/Kad Kredit/Kad Debit secara atas talian melalui portal https://ibayaq.kedah.gov.my

Bayaran secara KAD KREDIT/KAD DEBIT/BANK DRAF atas nama BENDAHARI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Kaunter SPPNK
Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman


Peminjam yang memenuhi syarat berikut boleh mengemukakan permohonan pengeluaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja  (KWSP) peminjam bagi  mengurangkan/menyelesaikan baki pinjaman pendidikan:
  • Perjanjian pinjaman pendidikan bermula TAHUN 2001 KE ATAS
  • Untuk peringkat Diploma dan Sarjana Muda sahaja
  • Bejaya tamat pengajian yang dibiayai oleh SPPNK
Sila hubungi Unit Penguatkuasaan SPPNK melalui telefon atau melalui e-Pertanyaan bagi penyediaan dokumen KWSP sekiranya tuan/puan berminat.

Peminjam yang bekerja di Sektor Awam/Badan Berkanun/GLC boleh membuat permohonan potonan gaji dengan mengisi Borang Permohonan Potongan Gaji dan sila pos borang tersebut kepada SPPNK terlebih dahulu.

SPPNK akan memproses permohonan tersebut dan akan dipanjangkan kepada UNIT GAJI MAJIKAN PEMINJAM UNTUK ARAHAN POTONGAN GAJI secara bulanan.​

Klik untuk muat turun Borang Potongan Gaji 

soalan lazim

Semakan baki pinjaman pendidikan boleh dibuat melalui portal https://ibayaq.kedah.gov.my

Pentadbiran ini hanya membenarkan penangguhan bayaran balik atas faktor peminjam menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sahaja.

 

Penjadualan semula bayaran balik pinjaman boleh dipertimbang dengan syarat peminjam perlu melampirkan Penyata Terperinci KWSP terkini  serta Penyata Slip Gaji terkini bagi tujuan pertimbangan.

Sila e-mel kepada sppnk@kedah.gov.my.

TIADA DASAR MORATORIUM diluluskan oleh pengurusan atasan.

Permohonan penjadualan/pengurangan ansuran bulanan bayaran balik pinjaman boleh dibuat dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:

a) Surat Pengesahan Berhenti Pekerjaan daripada majikan; dan

b) Penyata KWSP terkini (Penyata terperinci).

Sila e-mel kepada sppnk@kedah.gov.my dokumen-dokumen  tersebut bagi tujuan pertimbangan permohonan.

Berkaitan penangguhan bayaran balik atas faktor menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, berikut adalah syarat-syarat permohonan;

  • peminjam menyambung pengajian secara sepenuh masa
  • peminjam membuat surat permohonan rasmi dengan melampirkan dokumen-dokumen sokongan yang diakui sah oleh pihak fakulti / hal ehwal pelajar (akademik) IPT seperti berikut:

             a) Surat tawaran dan surat pengesahan pelajar (hendaklah mempunyai maklumat wajib iaitu kursus pengajian, tahun mula pengajian dan tahun bakal berakhir pengajian)

             b) Penyata caruman KWSP terkini (penyata terperinci) bagi membuktikan peminjam tidak bekerja atau surat pengesahan bukan pencarum kwsp (dokumen ini boleh dimohon di cawangan KWSP yang terdekat)

Sila hantar dokumen-dokumen tersebut secara e-mel sppnk@kedah.gov.my atau pos laju/pos ekspres ke pentadbiran ini dengan kadar segera.