SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
+604 702 8600

BIASISWA KECIL SEKOLAH MENENGAH (BKSM)

biasiswa kecil sekolah menengah (bksm)

  • Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) merupakan bantuan kewangan secara one-off diberikan kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan di Sekolah Bantuan Kerajaan seluruh Kedah.
  • Peruntukan dan pengagihan bantuan adalah bergantung kepada peruntukan yang diluluskan dari semasa ke semasa.
  • Kadar biasiswa bagi pelajar Tingakatan 1-3 adalah rm600.00 setahun, manakala bagi pelajar Tingakatan 4-5 adalah RM715.00 setahun. 
  • Pencalonan pelajar dikemukakan kepada SPPNK melalui Guru Biasiswa Sekolah.
 

Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar di Sekolah Bantuan Kerajaan seluruh Negeri Kedah ATAU sekolah-sekolah yang terpilih sahaja tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

1. Pendapatan isi rumah maksimum RM3,000.00 dan ke bawah.

2. Mendapat keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan Akhir Tahun

3. Pelajar tiada penaja lain.

4. Pelajar bersih daripada tindakan disiplin.

5. Pelajar aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.

6. Pelajar dicalonkan melalui Guru Biasiswa Sekolah.

7. Pelajar melepasi saringan oleh pihak SPPNK.

Bayaran akan dibuat terus kepada akaun bank pelajar yang terpilih seperti berikut:

Pelajar Tingkatan 1-3: RM600.00 setahun

Pelajar Tingkatan 4-5: RM715.00 setahun 

  1. Pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui Guru Biasiswa di sekolah masing-masing.