Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir atau bermastautin (menetap) di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT)
Menyambung pengajian ke peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA Sesi Pengajian Tahun 2021 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) DALAM NEGARA ATAU LUAR NEGARA SECARA SEPENUH MASA dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak IPT.
Pelajar kategori berikut tidak layak memohon:
Pelajar SEPARUH MASA
Pelajar LUAR KAMPUS
Pelajar di INSTITUSI PERGURUAN
Pelajar di PROGRAM LATIHAN SEPARA PERUBATAN (KOLEJ PERUBATAN / KOLEJ KEJURURAWATAN)
Pelajar Asasi/Matrikulasi/Foundation/Sijil
Permohonan hendaklah dibuat bagi kemasukan KALI PERTAMA untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.
Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada atau sebelum 1 DISEMBER 2021.
Dokumen sokongan yang wajib disertakan di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh PENGHULU MUKIM / PENGETUA SEKOLAH / PEGAWAI DAERAH / ADUN adalah seperti berikut:
i) Salinan kad pengenalan permohon
ii) salinan kad pengenalan ibu / bapa /penjaga (salah seorang sahaja)
iii) Salinan akaun bank / penyata bank
iv) Salinan surat tawaran kemasukan / surat pengesahan daripada institusi pengajian tinggi
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak menepati syarat di atas tidak akan dipertimbangkan.
-
Jumlah sumbangan ialah RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).
Bayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar
Kaedah bayaran akan ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan berdasarkan situasi semasa.
Sila hubungi Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan status permohonan. >>Klik sini untuk Senarai Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan Negeri Kedah<<
-
Permohonan dibuka mulai 1 Mac 2021 sehingga 1 disember 2021.
-
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) melalui SISTEM IBAKIPT >>Klik sini untuk memohon.<<