biasiswa kecil sekolah menengah (bksm)
- Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) merupakan bantuan kewangan secara one-off diberikan kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan di Sekolah Bantuan Kerajaan seluruh Kedah.
- Peruntukan dan pengagihan bantuan adalah bergantung kepada peruntukan yang diluluskan dari semasa ke semasa.
- Kadar biasiswa bagi pelajar Tingakatan 1-3 adalah rm600.00 setahun, manakala bagi pelajar Tingakatan 4-5 adalah RM715.00 setahun.
- Pencalonan pelajar dikemukakan kepada SPPNK melalui Guru Biasiswa Sekolah.
Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar di Sekolah Bantuan Kerajaan seluruh Negeri Kedah ATAU sekolah-sekolah yang terpilih sahaja tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
1. Pendapatan isi rumah maksimum RM3,000.00 dan ke bawah.
2. Mendapat keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan Akhir Tahun
3. Pelajar tiada penaja lain.
4. Pelajar bersih daripada tindakan disiplin.
5. Pelajar aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
6. Pelajar dicalonkan melalui Guru Biasiswa Sekolah.
7. Pelajar melepasi saringan oleh pihak SPPNK.
Bayaran akan dibuat terus kepada akaun bank pelajar yang terpilih seperti berikut:
Pelajar Tingkatan 1-3: RM600.00 setahun
Pelajar Tingkatan 4-5: RM715.00 setahun
Pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui Guru Biasiswa di sekolah masing-masing.