TAWARAN PINJAMAN PENDIDIKAN sppnk
- Pinjaman pendidikan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah merupakan bantuan pinjaman kewangan yang ditawarkan kepada pelajar anak-anak Kedah yang berkelayakan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan IPTS terpilih dalam negara.
- Kadar pinjaman adalah sebanyak RM6,500.00 SETAHUN (RM7,500.00 SETAHUN BAGI PENGAJIAN DI UNISHAMS) dan pinjaman disalurkan terus kepada akaun pelajar setiap semester.
- Bayaran balik pinjaman pendidikan bermula DUA BELAS (12) BULAN SELEPAS PELAJAR MENAMATKAN PENGAJIAN. (Seperti dalam Surat Tawaran IPT dan dokumen Perjanjian Pinjaman)
- Peminjam serta Penjamin adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diterima seperti di dalam dokumen perjanjian berserta CAJ PERKHIDMATAN 2% SETAHUN ke atas baki keseluruhan pinjaman terkini setiap bulan.
- Permohonan dibuka mulai 15 Ogos hingga 15 September setiap tahun. (Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa)
- Permohonan Pinjaman 2023 belum dibuka.
- Semakan keputusan permohonan boleh dibuat bermula 16 Oktober 2022 melalui Sistem iPINJAM
- >>>Log masuk Sistem iPINJAM
- >>>Klik Semakan Permohonan Pinjaman
- >>>Status Permohonan
1. Pemohon ATAU Ibu ATAU Bapa LAHIR di Negeri Kedah SERTA Warganegara Malaysia DAN pemohon mestilah BERMASTAUTIN SERTA MENETAP di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 Tahun (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT dan disahkan oleh Penghulu Mukim)
2. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DAN telah membuat BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN.
3. Permohonan dibuka untuk pelajar SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU KE IPT TAHUN 2022 SAHAJA.
4. Pemohon mempunyai kesihatan yang baik.
5. Pemohon tidak menerima bantuan/ tajaan kewangan dari mana-mana agensi.
6. Ibu/ Bapa/ Penjaga tidak disenarai hitam/ dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.
- Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Semua Universiti Awam Tempatan
- Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institut Pengajian Tinggi Swasta seperti di bawah:-
- Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
- Asian Institute of Medicine
Science and Technology (AIMST) - Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
- Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
- TATI University College and Terengganu Advanced Technical Institute
- Universiti Selangor (UNISEL) dan
- Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia sahaja.
Dokumen sokongan yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diperlukan semasa mengisi permohonan dan PERLU DIMUATNAIK ke dalam Sistem iPINJAM SPPNK adalah seperti berikut:
a) Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
b) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
c) Salinan Sijil Kelahiran Ibu/ Bapa/ Penjaga (sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Kedah);
d) Salinan Kad Pengenalan Ibu/ Penjaga;
e) Salinan Kad Pengenalan Bapa/ Penjaga;
f) Salinan Slip Gaji Ibu/ Bapa/ Penjaga;
(Slip Gaji/ Penyata Pesara/ Borang Pengesahan Pendapatan (BPPSPPNK/07 bagi yang bekerja sendiri/tidak bekerja)
g) Salinan Sijil SPM/ SPMV;
h) Salinan Sijil STPM/ STAM/ Matrikulasi/ Asasi/ Sijil/ Diploma (jika ada);
i) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
j) Salinan Sijil Kokurikulum (pencapaian tertinggi sahaja);
k) Salinan Surat Tawaran Pengajian daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT);
l) Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Kemasukan ke IPT (sila sediakan surat rasmi dan muatnaik ke dalam Sistem iPINJAM sekiranya bayaran pendaftaran boleh dijelaskan selepas daftar masuk IPT/sehingga mendapat tajaan);
m) Salinan Bil Utiliti (Elektrik/ Air/ Astro/ Indah Water);
n) Gambar Berwarna Berukuran Pasport ;
o) Borang Pengesahan Bermastautin oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah.
Semua dokumen ini hendaklah dihantar bersama dokumen perjanjian pinjaman bagi pemohon yang DILULUSKAN oleh SPPNK.
- SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN SPPNK 2022 DAN PENGISIAN DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN DITUTUP
-
Log masuk https://eservices.kedah.gov.my/ipinjam
>Klik Semakan Permohonan Pinjaman
>>Klik Status PermohonanSekiranya LULUS, sila ikuti arahan dalam surat pemakluman kelulusan.
-
Lengkapkan maklumat dokumen perjanjian dan MUAT TURUN dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.
Tarikh pengisian dokumen perjanjian
16 Oktober 2022 (Ahad) DILANJUTKAN sehingga 3 November 2022 (Khamis) Jam 3.00 petangSemua dokumen berkaitan hendaklah DIHANTAR dan DITERIMA oleh Unit Penajaan SPPNK selewat-lewatnya pada 3 November 2022 (Khamis) Jam 3.00 petang.
Sebarang kelewatan TIDAK AKAN DILAYAN dan anda dianggap menolak tawaran pinjaman SPPNK.
Info Lanjut:
Hotline : 04 702 7296 | E-mel : nisrinizzati@kedah.gov.my | ePertanyaan SPPNK
Soalan lazim
Tidak layak.
Tidak layak.
Boleh dengan syarat SEMASA permohonan dibuat, pelajar dalam pengajian Tahun 2 DAN ke bawah (Semester 4 dan ke bawah).
Bagi pelajar Tahun 3 ke atas (Semester 5 dan ke atas) tidak layak memohon.
Sekiranya anda berjaya, anda WAJIB memilih salah satu sahaja.
SPPNK akan membuat semakan dengan pihak Penaja serta pihak IPT sebelum meluluskan permohonan pinjaman pendidikan pelajar baharu serta peminjam sedia ada.
Pentadbiran SPPNK tidak mempunyai BANTAHAN sekiranya pelajar ingin memberhentikan tajaan pinjaman pendidikan SPPNK atas faktor menerima tajaan lain dengan syarat pelajar WAJIB membuat PEMBAYARAN PENUH sebarang WANG TAJAAN yang telah diberikan kepada puan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada TARIKH PEMAKLUMAN PEMBERHENTIAN daripada pelajar ATAU pemakluman daripada pihak Universiti/Penaja kepada pentadbiran ini (yang mana lebih awal).
Pelajar serta penjamin boleh disenarai hitam sekiranya mengemukakan maklumat palsu berhubung tajaan yang diterima.
Pemohon perlu menamatkan perjanjian dengan PTPTN terlebih dahulu sekiranya berhasrat untuk membuat permohonan pinjaman SPPNK.
SPPNK akan membuat semakan dengan pihak PTPTN serta pihak IPT sebelum meluluskan permohonan pinjaman pendidikan pelajar baharu.
Keputusan permohonan dijangka pada minggu ketiga Oktober dan boleh disemak dari masa ke semasa melalui portal SPPNK. Pemohon yang LULUS perlu memuat turun dokumen dan hantar semula ke SPPNK pada tarikh yang akan diumumkan.
Dokumen yang diperlukan semasa mengisi permohonan ;
a) Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
b) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
c) Salinan Sijil Kelahiran Ibu/ Bapa/ Penjaga (sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Kedah);
d) Salinan Kad Pengenalan Ibu/ Penjaga;
e) Salinan Kad Pengenalan Bapa/ Penjaga;
f) Salinan Slip Gaji Ibu/ Bapa/ Penjaga;
(Slip Gaji/ Penyata Pesara/ Borang Pengesahan Pendapatan (BPPSPPNK/07)
g) Salinan Sijil SPM/ SPMV;
h) Salinan Sijil STPM/ STAM/ Matrikulasi/ Asasi/ Sijil/ Diploma (jika ada);
i) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
j) Salinan Sijil Kokurikulum (pencapaian tertinggi sahaja);
k) Salinan Surat Tawaran Pengajian daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT);
l) Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Kemasukan ke IPT;
m) Salinan Bil Utiliti (Elektrik/ Air/ Astro/ Indah Water);
n) Gambar Berwarna Berukuran Pasport ;
o) Borang Pengesahan Bermastautin oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah.
Selepas dokumen tersebut dimuat naik ke dalam Sistem iPINJAM, calon yang LULUS SAHAJA yang perlu menghantar dokumen tersebut dan mengisi dokumen perjanjian di dalam Sistem iPINJAM berserta maklumat penjamin-penjamin.
Sila muat turun dokumen perjanjian yang telah lengkap diisi dan kemukakan kepada SPPNK secara pos atau hadir terus ke pejabat SPPNK maklumat dokumen sokongan berikut:
a) Salinan Kad Pengenalan Penjamin Pertama dan Kedua
b) Salinan Slip Gaji Penjamin Pertama dan Kedua
c) Salinan muka hadapan buku bank pemohon / slip pengesahan akaun bank pemohon
d) Borang Pemeriksaan Kesihatan
Sila kemukakan kepada SPPNK secara walk-in atau pos berdaftar dalam tempoh yang ditetapkan seperti yang akan dimaklumkan dalam Sistem iPINJAM.
Anda dikehendaki mengemukakan borang pemeriksaan kesihatan sekiranya keputusan permohonan anda LULUS.
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak menepati syarat kelayakan serta maklumat yang dikemukakan didapati tidak benar tidak akan dipertimbangkan.
SPPNK berhak menolak dan membatalkan permohonan serta pemohon boleh disenarai hitam.
Boleh dengan syarat sebelum tarikh tutup permohonan. Pemohon hanya perlu ‘log masuk’ semula Sistem iPINJAM dan Klik Kemaskini Permohonan.
Permohonan adalah TERBATAL walaupun calon lulus bersyarat dalam permohonan tersebut.
Boleh. Tempoh rayuan dibuka bermula awal Oktober 2022 melalui Sistem iPINJAM sahaja. Sila layarai laman portal dari masa ke semasa supaya tidak terlepas tarikh rayuan.
Pemohon akan dimaklumkan selewat-lewatnya 7 hari bekerja selepas diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pelajar.
Bayaran akan dikreditkan kepada pemohon yang berjaya dalam tempoh 14 hari bekerja selepas semua dokumen perjanjian dan dokumen sokongan lengkap diterima.
Perjanjian anda boleh ditamatkan sekiranya anda melanggar waad-waad anda sebagai pelajar/peminjam tertakluk di dalam klausa dalam Perjanjian Pinjaman.
Anda boleh ditamatkan bayaran sekiranya anda memperolehi NILAI GRED KUMULATIF (GPA) di bawah 2.50/semester dan dikehendaki membayar balik pinjaman yang telah dikeluarkan oleh SPPNK dengan serta merta.
Pelajar dikehendaki mengemukakan keputusan peperiksaan setiap semester pengajian dalam tempoh 2 minggu dari tarikh keputusan peperiksaan diluluskan oleh senat IPT melalui e-mel kepada fauzahhanim@kedah.gov.my
Sekiranya peminjam ditamatkan oleh IPT sekaligus menyebabkan perjanjian antara peminjam dengan SPPNK ditamatkan SERTA MERTA dan pelajar bertanggungjawab membuat bayaran secara SEKALIGUS (lump-sum) jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan kepada pelajar dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh surat tuntutan SPPNK.
Sekiranya saya meninggal dunia semasa pengajian, wang pinjaman saya akan dihentikan SERTA MERTA dan WARIS serta PARA PENJAMIN perlu membuat bayaran balik pinjaman SEKALIGUS dalam tempoh 14 hari bekerja dari surat tuntutan SPPNK.
Sebarang pertukaran alamat tetap dan alamat surat menyurat pelajar dan penjamin-penjamin hendaklah dimaklumkan seberapa segera kepada SPPNK dari semasa ke semasa.
Bayaran balik pinjaman pendidikan bermula DUA BELAS (12) BULAN SELEPAS PELAJAR MENAMATKAN PENGAJIAN. (Seperti dalam Surat Tawaran IPT dan dokumen Perjanjian Pinjaman)
Caj perkhidmatan dikenakan dengan kadar 2% setahun ke atas baki pokok pinjaman dan dicaj setiap bulan seperti dalam dokumen perjanjian pinjaman SPPNK. Caj ini akan dikenakan mulai tarikh bayar balik pinjaman (TBB).
Sebagai contoh, sekiranya tempoh tajaan selama 4 tahun (RM6,500.00 setahun), tempoh bayaran balik pinjaman adalah selama 10 tahun dengan kadar RM241.00 sebulan.
Bayaran balik pinjaman (TBB) bermula DUA BELAS (12) BULAN SELEPAS PELAJAR MENAMATKAN PENGAJIAN. (Seperti dalam Surat Tawaran IPT dan dokumen Perjanjian Pinjaman yang ditandatangani).
Denda caj penalti 4% setahun atas baki terkini setiap bulan dikenakan kepada peminjam yang GAGAL menyelesaikan jumlah pinjaman dalam tempoh yang telah ditetapkan seperti yang diperuntukkan dalam dokumen perjanjian pinjaman.
Sekiranya peminjam GAGAL menjelaskan tunggakan pinjaman, peminjam serta penjamin/waris/penjaga boleh dikenakan tindakan perundangan serta boleh disenaraihitam seperti tertakluk dalam dokumen perjanjian pinjaman pendidikan.
Caj Denda Lewat 4% setahun adalah bayaran caj perkhidmatan ke atas baki pinjaman yang dikenakan kepada peminjam sekiranya peminjam gagal untuk menjelaskan baki pinjaman dengan sepenuhnya dalam Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan seperti dalam Dokumen Perjanjian.
TERTAKLUK kepada kelulusan serta pertimbangan Jawatankuasa Akaun Amanah Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah, peminjam bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda boleh memohon penukaran Pinjaman Boleh Ubah dengan syarat tempoh pengajian ditamatkan dengan jayanya seperti ditetapkan di dalam dokumen Perjanjian Pinjaman SERTA permohonan dikemukakan beserta dokumen sokongan yang disahkan oleh IPT dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelulusan Ijazah Sarjana Muda oleh SENAT IPT.
Diskaun 50% – CGPA 3.75 KE ATAS
Diskaun 25% CGPA 3.50-3.74
Pelajar perlu membuat bayaran balik dalam tempoh 3 BULAN dari tarikh kelulusan permohonan Diskaun Pelajar Cemerlang (Diskaun 50%) dikeluarkan oleh SPPNK atau 12 bulan dari tarikh tamat pengajian. (yang mana terdahulu seperti dalam dokumen Perjanjian Pinjaman)
Garis panduan baharu pelajar cemerlang ini kuatkuasakan bermula Sesi Permohonan Pinjaman Tahun 2022 dan seterusnya.